Video Pasif Affiliate

Tuesday, September 22, 2015

5 Kemahiran Belajar Untuk Berjaya





Assalamualaikum apa khabar semua ,ok di sini saya nak kongsikan 5 kemahian belajar yang diperlukan untuk berjaya 

 
(1) Belajar tanpa meletakkan darjat. 
 
Walaupun kita sudah mempunyai kemahiran atau ilmu yang dalam ,apabila masuk ke mana-mana kelas,atau kursus,sebolehnya kita letak dulu ilmu yang kita ada di bawah .Masuk dalam keadaan seperti gelas kosong orang kata .
 
 
(2) Melakukan sekecil-kecil amal selepas belajar. 
 
Bila anda da dapat ilmu dalam sesuatu kelas ataupun kursus maka anda boleh cuba amalkan walaupun sedikit. Dan lakukan juga amal kebaikan walaupun ia hanya kecil,kerana orang berjaya itu mereka memberi nilai ke dalam kehidupan orag lain-saling membantu .



(3) Bertanya jika perlu, ketepikan rasa malu.
 
Nak berjaya kita memang kena tepikan perasaan malu,malu bertanya,malu bercakap,sebab bila ada perasaan malu ni ,susah kita nak melangkah ke arah kejayaan ,ia seperti pagar,kita boleh melepasi pagar,tapi rumit dan makan masa.Jadi ketepikan malu jika anda ingin menjadi orang BERJAYA .


(4) Berniaga merupakan latihan akhlak yang tinggi.
 
 Apabila kita berniaga, kita melatih diri untuk bercakap benar, memberi yang terbaik, berkongsi rezeki dan pelbagai lagi. Ia membantu membina akhlak sebagai seorang Muslim.
 
(5) Tak perlu peduli dengan apa yang orang kata ,yang penting apa yang kita buat memberi nilai kebaikan kepada orang lain  
 
Orang yang berjaya tidak mendengar pandangan negatif dari orang lain yang bertujuan ingin menjatuhkan .Bila kita sentiasa mengikut kata-kata orang yang bersifat negatif maka percayalah ,sukar untuk kita melangkah jauh menuju kejayaan ....
Ok setakat ni saja perkongsian dari saya,harap anda mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ini .Sekian ...

No comments:

Post a Comment