Video Pasif Affiliate

Friday, September 25, 2015

Jenis Perniagaan Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berapa ramai antara kita yang berminat untuk berniaga ? Tentu anda tercari-cari apakah peluang perniagaan yang dapat dilakukan secara online .Mungkin juga anda dah biasa dengar tentang jenis-jenis perniagaan online .Namun jarang sekali sesiapa melihatnya dari sudut berbeza. Ini kerana rata-rata hanya digambarkan dari sudut produk dan bukan sikap kita dalam mengendalikan sesuatu perniagaan.

Berikut adalah jenis perniagaan online yang saya rasaka cukup Popular :

 

1).PRODUK AFFILIATE 
     
-Anda tidak perlu menyimpan produk,atau membeli produk secara borong.Dengan produk affilate,anda hanya perlu mempromosi Link yang diberi oleh penyedia Sistem affilate ke mana-mana media sosial,forum,blog atau mana saja tempat yang anda rasa perlu.

Bila berlaku jualan melalui link affiliate anda,maka anda akan menerima komisyen hasil dari jualan tersebut.Kebanyakan produk yang menggunakan sistem affiliate adalah produk digital seperti software dan ebook.Ia sangat mudah dan siapa sahaja boleh melakukannya.

2).PRODUK DROPSHIP

   Kebiasaannya ia berbentuk produk fizikal.Tugas anda hanya menerima pesanan daripada pembeli .Segala penghantaran atau pembungkusan akan dibuat oleh owner produk setelah anda membayar harga agen bagi satu-satu produk itu kepada owner .Anda tidak perlu menyimpan apa-apa stok untuk jalankan bisnes model ini.

3). PRODUK HANTAR SENDIRI

- Sama ada digital atau fizikal, produk sendiri atau produk orang lain yang memerlukan anda mengambil pesanan dan menghantar sendiri produk tersebut.

 Untuk produk digital seperti ebook,  anda perlu meluangkan masa untuk menulisnya, kemudian mengeluarkan sedikit belanja pula untuk penyediaan ebook cover, biasanya sekitar RM30-RM50.


 Bagi produk dropship atau affiliate, lazimnya memerlukan untuk anda menumpukan kepada penulisan artikel sebagai proses pre-sale. Ini kerana pelanggan akan terlebih dulu mahu mengetahui kebaikan-kebaikan produk yang dijual berserta testimoni mereka yang pernah menggunakan produk tersebut.

Anda boleh pertimbangkan menggunakan khidmat penulis sekiranya anda tidak mahir dalam menulis .Ia mungkin memakan kos sebanyak rm50-rm150 bagi setiap artikel yang ditulis . 


Tidak kira apa perniagaan pilihan anda, anda perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membina website. Jika anda memilih untuk menempah website rekaan profesional, bersedialah untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 untuk sebuah website.

 Bagi sesetengah kes, ianya memerlukan anda untuk membelanjakan lebih RM1000 untuk website yang lebih kompleks.

Kos seterusnya melibatkan pembelian domain dan hosting dengan kos sekitar RM40 untuk domain, dicampur sekurang-kurangnya RM50 untuk hosting.



Berapakah Keuntungan Yang Boleh Saya Dapat?

Ini adalah proses yang paling penting dalam menentukan sama ada perniagaan anda akan berjaya atau gagal. Di tahap ini adalah penting untuk anda mengetahui dengan jelas berapakah ‘Profit Margin’ (kadar keuntungan) bagi setiap produk yang dijual selepas ditolak kos atau modal.
 
Sebagai contoh, jika anda menjual ebook sebagai affiliate. Katakan komisen bagi setiap jualan adalah RM50. Untuk meraih jumlah jualan sebanyak RM500 sebulan, anda perlu menjual sebanyak 10 ebook sebulan.
Namun, jumlah jualan RM500 itu sebenarnya bukan lagi kadar keuntungan sebenar. Ia harus terlebih dahulu ditolak dengan kos website, pengiklanan dan lain-lain.

Jika anda membelanjakan RM100 untuk membuat iklan di Facebook, maka jumlah ini perlu ditolak dari RM500 tadi menjadikan kadar keuntungan anda hanyalah RM400.

Di sini, anda perlu jelas, berapakah jumlah yang diperlukan untuk iklan bagi menghasilkan jumlah jualan tertentu dan berapakah masa yang diambil untuk mendapatkan jumlah jualan tersebut.

Anda perlu melakukan kiraan ini dengan betul berdasarkan demand dan market sebenar, dan bukan berdasarkan angan-angan agar anda dapat memastikan dengan tepat, sama ada perniagaan pilihan anda itu benar-benar berpotensi untuk mendapatkan keuntungan atau pun tidak.

Selain itu, ia juga bergantung kepada Conversion Rate anda. Sama ada website atau sistem pemasaran anda mampu menarik pembeli atau tidak.

No comments:

Post a Comment